Sunday, 31 July 2011

lamanya

lamanya tak menulis blog.. ingatkan tak leh bukok doh...., alhmdulillah.. dapat setelah beberapa kali mencuba...,
sejak akhir-akhir nie, banyak sangat peristiwa suka duka yang berlaku..., aku telah kehilangan seorang shabat baik... Alyhrmh Pn. Mahiran Mohd Noor pada 26 Julai 2011, jam lebih kurang 8.00 malam...

Itulah kehidupan, setiap yang hidup pasti akan mati... cuma masa dan ketikanya belum pasti.. Bagimana dengan bekalan untuk ke sana??? Sudah banyakkah ? ataupun ????  Takut, gerun dan macam-macam perasaan di fikiran... Rasanya untuk ke syurga... amatlah tipis tapi .... neraka... nauzubillah....,

Sunday, 1 May 2011

cantik

sedang menyiapkan plan chalet impian (lebih kurang macam gambar tu la)..., untuk merehatkan minda, ditepi sungai... dekat dengan gua...., dipenuhi dengan pepohon hijau..., bestnya..., 

Friday, 29 April 2011

29 april

tanggal 29 april, aku telah dilahirkan ke dunia ini oleh ibuku.... dibesarkan dengan penuh kasih sayang... walaupun tidak dilimpahi kemewahan... aku bersyukur padaMU kerana telah menjadikan aku insan yang berjaya didunia...., aku juga berharap agar menjadi seorang yang berjaya di akhirat kelak... berjaya meraih syurgaMu....
Selamat hari jadi untuk diriku.... tiada harapan selain keazamaan  untuk terus melangkah maju ke depan..., mengharungi cabaran dan godaan dunia yang kekadang bisa menggoncang keimanan.... kepohon keampunan dari Mu...  Moga-moga perjalanan hidupku dipermudahkan olehMu dan mendapat keredhaan serta keberkatanMu Ilahi....

Satu sejarah baru itu telah tercipta pada tarikh ini....perkahwinan putera william kate middleton........, meriah sekali..., tumpang sekaki...

Thursday, 28 April 2011

senyum

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

Senyum :)

from ;
http://www.1liriklagu.com/lirik-senyum-malique-najwa/

Tuesday, 26 April 2011

mengantuknya.........

rasa mengantuk pulak petang nie... letih beno hari nie..., pagi tadi gie settle bnyk perkara..  hal2 persatuan pulak tuu..., belajr macamner nak tubuh kopersi..., amik baju batik dan macam-macam lagi...

masa memang amat cepat berlalu.. tak terkejar dek kita yang bergelar manusia nie....., tup--tap--tup.. tap dah petang....., nak balikkkkkk... tdur ....

Sunday, 24 April 2011

SUSUNAN WALI

Perkahwinan merupakan satu tuntutan... fitrah semula jadi setiap makhluk Tuhan...., sebelum berkahwin pastikan dulu siapa wali anda....., 

PERNIKAHAN DENGAN MENGGUNAKAN WALI TANPA MENGIKUT TERTIB ADALAH TIDAK SAH.

1. Bapa, datuk sebelah bapa dan ke atas
2. Saudara lelaki seibu sebapa
3. Saudara lelaki sebapa
4. Anak lelaki dari saudara lelaki seibu sebapa
5. Anak lelaki dari saudara lelaki sebapa dan seterusnya ke bawah
6. Saudara lelaki ayah seibu sebapa (bapa saudara)
7. Saudara lelaki ayah sebapa (bapa saudara)
8. Anak lelaki dari saudara lelaki ayah seibu sebapa
9. Anak lelaki dari saudara lelaki ayah  sebapa seterusnya sampai ke bawah
10. Wali hakim


Tom & Jerry

Kekadang hidup nie amat memerlukan hiburan... tambahan pula tak kala rasa susah hati / tension..., memang suka sangat tengok cartton nie... real ... bila Tom marah .... matanya tu.... huh... dashyat...., Jerry pun apa kurangnya..., hahaaaa.. hahaaa....