Sunday 31 July 2011

lamanya

lamanya tak menulis blog.. ingatkan tak leh bukok doh...., alhmdulillah.. dapat setelah beberapa kali mencuba...,
sejak akhir-akhir nie, banyak sangat peristiwa suka duka yang berlaku..., aku telah kehilangan seorang shabat baik... Alyhrmh Pn. Mahiran Mohd Noor pada 26 Julai 2011, jam lebih kurang 8.00 malam...

Itulah kehidupan, setiap yang hidup pasti akan mati... cuma masa dan ketikanya belum pasti.. Bagimana dengan bekalan untuk ke sana??? Sudah banyakkah ? ataupun ????  Takut, gerun dan macam-macam perasaan di fikiran... Rasanya untuk ke syurga... amatlah tipis tapi .... neraka... nauzubillah....,

Sunday 1 May 2011

cantik

sedang menyiapkan plan chalet impian (lebih kurang macam gambar tu la)..., untuk merehatkan minda, ditepi sungai... dekat dengan gua...., dipenuhi dengan pepohon hijau..., bestnya..., 

Friday 29 April 2011

29 april

tanggal 29 april, aku telah dilahirkan ke dunia ini oleh ibuku.... dibesarkan dengan penuh kasih sayang... walaupun tidak dilimpahi kemewahan... aku bersyukur padaMU kerana telah menjadikan aku insan yang berjaya didunia...., aku juga berharap agar menjadi seorang yang berjaya di akhirat kelak... berjaya meraih syurgaMu....
Selamat hari jadi untuk diriku.... tiada harapan selain keazamaan  untuk terus melangkah maju ke depan..., mengharungi cabaran dan godaan dunia yang kekadang bisa menggoncang keimanan.... kepohon keampunan dari Mu...  Moga-moga perjalanan hidupku dipermudahkan olehMu dan mendapat keredhaan serta keberkatanMu Ilahi....

Satu sejarah baru itu telah tercipta pada tarikh ini....perkahwinan putera william kate middleton........, meriah sekali..., tumpang sekaki...

Thursday 28 April 2011

senyum

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

Senyum :)

from ;
http://www.1liriklagu.com/lirik-senyum-malique-najwa/

Tuesday 26 April 2011

mengantuknya.........

rasa mengantuk pulak petang nie... letih beno hari nie..., pagi tadi gie settle bnyk perkara..  hal2 persatuan pulak tuu..., belajr macamner nak tubuh kopersi..., amik baju batik dan macam-macam lagi...

masa memang amat cepat berlalu.. tak terkejar dek kita yang bergelar manusia nie....., tup--tap--tup.. tap dah petang....., nak balikkkkkk... tdur ....

Sunday 24 April 2011

SUSUNAN WALI

Perkahwinan merupakan satu tuntutan... fitrah semula jadi setiap makhluk Tuhan...., sebelum berkahwin pastikan dulu siapa wali anda....., 

PERNIKAHAN DENGAN MENGGUNAKAN WALI TANPA MENGIKUT TERTIB ADALAH TIDAK SAH.

1. Bapa, datuk sebelah bapa dan ke atas
2. Saudara lelaki seibu sebapa
3. Saudara lelaki sebapa
4. Anak lelaki dari saudara lelaki seibu sebapa
5. Anak lelaki dari saudara lelaki sebapa dan seterusnya ke bawah
6. Saudara lelaki ayah seibu sebapa (bapa saudara)
7. Saudara lelaki ayah sebapa (bapa saudara)
8. Anak lelaki dari saudara lelaki ayah seibu sebapa
9. Anak lelaki dari saudara lelaki ayah  sebapa seterusnya sampai ke bawah
10. Wali hakim


Tom & Jerry

Kekadang hidup nie amat memerlukan hiburan... tambahan pula tak kala rasa susah hati / tension..., memang suka sangat tengok cartton nie... real ... bila Tom marah .... matanya tu.... huh... dashyat...., Jerry pun apa kurangnya..., hahaaaa.. hahaaa.... 
Baru balik dari tugas kat luar tadi...., ada sesi taklimat sukarelawan...,  menariknya orang-orang yang dah lama berkhidmat  nie masih lagi bersemangat untuk menjadi sukarelawan dalam membantu menangani gelaja sosial yang semakin meningkat... walaupun tak de upah,...

apa patut kita buat untuk membenteras gelaja sosial yang semakin menular sekarang nie..., bdak2 sekolah, lelaki dan wanita, tua dan muda...semuanya ada gejala sosial yang tersendiri....

rasanya le... kita perlu melatih kader-kader baru dikalangan rakan sebaya, dari kalangan mereka tu sendiri...... tak payah le guna ustaz atau ustazah sja... sian mereka tu... dah banyak kerja lain yang perlu disettlekan....


Contohnya le... kalau main bola petang-petang tu, dah nak maghrib tak tau nak behenti lagi... macam maner nak buat..., kalau larangkan, mereka marah pulak...., kalau sindirkan, rasa macam nak lempang je orang yang menyindir tu.... so.... biarkan je gitu ke... , selesai ???????  Poning kepalo pak imam kg kg...., kat masjid kurang... kat padang bola penuh..


apa kata kalau yang ada keinsafan tu turut pergi main bola bersama..., lepas tu dah nak masuk maghrib ajaklah rakan-rakan tu berhenti.... gie masjid/surau dan lain-lain... tak le orang marahkan...... Jumpa lagi...








Saturday 23 April 2011

Ketahuilah


Waktu Mustajab Berdoa

Dikala kita semua sibuk mengejar duniawi...., rebutlah ruang-ruang keemasan yang ada dicelah-celahnya untuk memohon kesejahteraan dari Ilahi.....

Menurut Ibn 'Atha, doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah SWT. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawadduk. 

 Masa Mustajab berdoa:

Berdoa sewaktu hujan turun. 
Sabda Nabi SAW: "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu; sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun." (HR Abu Dawud)

Ketika hendak solat.
Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam. 
Sabda Nabi SAW: "Allah SWT turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata: 'Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kukabulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?'" (HR Bukhari dan Muslim)

Waktu di antara azan dan iqamah.  
Sabda Nabi SAW: "Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah." (HR al-Tirmizi)

Ketika sujud dalam solat. 
Sabda Nabi SAW: "Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdoa." (HR Muslim)

Selesai solat fardu
Sabda Nabi SAW ketika ditanya tentang mestajab doa: "Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu." (HR al-Tirmizi)

Ketika berpuasa.
Sabda Nabi SAW: "Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah, doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir." (HR al-Baihaqi)

Malam al-Qadar. 
Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadan. Kemungkinan besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadan berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para sahabat mencari malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir.
Aishah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: "Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar, apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah SAW: 'Sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia. Kamu sukakan kemaafan. Jesteru, maafkanlah aku.'" (HR al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Naza'ie)


Bicara Pertama

tetiba je rasa nak jadi blogger pulak... bukannya reti sangat pun... so harapan ambo ade le member-member nak tunjuk ajar...,

kehidupan seharian kita dibumi Allah SWT.. yang hanya pinjaman semata-mata ini terlalu banyak onak dan duri, manis dan pahit, elok dan buruk dan seumpamanya, adakala kita beroleh kejayaan dan adakalanya kita akan tenggelam...., oleh itu waspadalah...

Sebagai hambaNya, kita janganlah lalai dan leka... Sesungguhnya hidup didunia ini hanyalah sementara..., sementara masih diberi nyawa olehNya....